SEREMBAN – Lebih 30 petugas media hadir bagi membuat liputan pertemuan dan sesi suai kenal bersama Tuanku Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, di sini, hari ini.
Namun, setakat pukul 9.13 pagi, kelibat Tuanku Nadzaruddin dan Menteri Besar masih belum kelihatan.
Difahamkan, Menteri Besar dan barisan Exco kini sedang menjalankan perbincangan di lokasi lain sebelum menghadiri majlis berkenaan.
Pertemuan yang dijadualkan pada pukul 9 pagi ini diadakan bagi sesi suai kenal serta mengeratkan silaturahim antara Menteri Besar dan barisan Exco dengan Tuanku Nadzaruddin. – KOSMO! ONLINE














