Sebahagian jemaah mendaftar masuk sebelum berangkat ke Tanah Suci pada program CSR tajaan Andalusia bersama Asnaf Selangor dan Putrajaya bagi musim 1448H di KLIA Terminal 1, Sepang hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO! - Gambar hiasan

Konflik Arab Saudi: 2,000 jemaah Andalusia di Tanah Suci selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Konflik yang tercetus di Arab Saudi disifatkan tidak menjejaskan urusan pelaksanaan ibadah umrah Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) apabila 2,000 jemaah syarikat itu yang berada di Mekah dan Madinah ketika ini dilaporkan selamat.

Lembaga Pengurusan Umrah Andalusia, Norrul Balqes Abu Baker berkata, pihaknya sentiasa memantau keadaan dan isu semasa yang berlaku di Arab Saudi bagi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan jemaah.

“Alhamdulillah, untuk pakej Andalusia ia tidak terjejas dan jemaah Andalusia sekarang yang berada di Mekah dan Madinah hampir 2,000 orang yang mana semuanya dalam keadaan selamat,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini tadi.

Terdahulu, Andalusia menaja seramai 36 jemaah asnaf sekitar Selangor dan Putrajaya bagi menunaikan ibadah umrah menerusi program tanggungjawab sosial korporat syarikat itu.

Mengulas lanjut, Norrul Balqes berkata, perjalanan jemaah Andalusia ke Tanah Suci juga akan berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.

Katanya, bagi perjalanan hari ini juga berjalan seperti biasa di mana jemaah terlibat akan terbang menggunakan penerbangan Etihad Airways dan Qatar Airways untuk ke Tanah Suci.

Sebelum ini, Andalusia memaklumkan tiada jemaah umrah di bawah syarikat itu terkandas di Jeddah, Arab Saudi susulan konflik tercetus di Asia Barat ketika ini.

Andalusia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, semua jemaah kendalian syarikat itu dalam keadaan selamat dan mereka kini berada di Mekah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di