POLIS menunjukkan lokasi penemuan bayi perempuan berusia lima hari di atas kerusi di hadapan rumah penduduk di Dusun Somosari. - Polresta Sleman

Bayi lima hari ditinggalkan atas kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA –  Seorang bayi perempuan dipercayai baru berusia lima hari ditemukan dalam keadaan  ditinggalkan di atas kerusi di hadapan sebuah rumah penduduk di Dusun Somosari,  Daerah Istimewa Yogyakarta semalam, lapor laman berita Kumparan.

Pegawai Perhubungan Awam Polis Daerah Sleman, Iptu Argo Anggoro berkata, kejadian  disedari oleh seorang penduduk tempatan berusia 61 tahun yang terdengar suara tangisan sekitar pukul 1.00 tengah hari (waktu tempatan).

“Pada mulanya, saksi menyangka tangisan  berasal daripada anak jirannya. 

“Namun, sehingga jam 1.30 tengah hari, tangisan ini masih tidak berhenti lalu mendorongnya memeriksa punca bunyi tersebut,” kata Argo ketika dihubungi media tempatan.

Saksi mendapati bayi perempuan berkenaan berada di atas kerusi di hadapan rumah seorang jirannya, sebelum meminta bantuan penduduk lain untuk membawa bayi itu ke Klinik Kesihatan  Kalasan bagi pemeriksaan awal.

Polis yang menerima laporan  bergegas ke lokasi kejadian  untuk melakukan siasatan dan mengambil keterangan beberapa saksi.

“Bayi yang dianggarkan berusia lima hari itu berada dalam keadaan sihat dengan ukuran  48 sentimeter dan berat 2.95 kilogram. 

“Bayi itu  dirujuk ke Hospital Bhayangkara bagi mendapatkan rawatan dan pemantauan lanjut,”  kata Argo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN