SERI KEMBANGAN – Suasana hiba menyelubungi kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pemergian isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini.
Kelihatan anak-anak, cucu dan ahli keluarga serta kenalan dan sahabat turut hadir membacakan Yasin dan memberi penghormatan kepada Allahyarham.
Antara yang hadir ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob, jutawan tanah air, Tan Sri Vincent Tan selain Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Terdahulu, jenazah Tun Siti Hasmah yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dibawa ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan.
Tun Siti Hasmah yang berusia 100 tahun, meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi tadi.
Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Klang, Selangor dan merupakan anak keenam daripada 10 beradik. – KOSMO! ONLINE














