BEN Dancer, menyasarkan tempoh tarian selama 168 jam secara keseluruhan. - Saycheese

Lelaki menari 7 hari tanpa henti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ABUJA – Seorang penari warga Nigeria kini berusaha mencipta sejarah baharu dengan menari tanpa henti selama tujuh hari demi mencatatkan Guinness World Records, lapor stesen penyiaran BBC.

Benjamin Daniel, 33, yang lebih dikenali sebagai Ben Dancer, menyasarkan tempoh tarian selama 168 jam secara keseluruhan. 

Sasarannya adalah 41 jam lebih lama berbanding rekod dunia semasa bagi tarian individu paling lama.

Percubaan itu bermula pada Selasa lalu di Freedom Park, Lagos. 

Sekiranya dia berjaya menyempurnakan tempoh 168 jam yang dirancang, sasarannya dijangka tercapai pagi semalam.

Sepanjang beberapa hari lalu, kawasan berkenaan menjadi tumpuan ramai, terutamanya golongan belia yang hadir untuk memberikan sokongan padu. 

Untuk rekod, pemegang rekod dunia semasa ialah penari dari India, Srushti Sudhir Jagtap, yang mencatatkan masa 127 jam pada tahun 2023 ketika berusia 16 tahun menerusi persembahan tarian klasik Kathak. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di