JOHOR BAHRU – Sebuah lori berwarna hijau dipercayai dicuri dan dipandu secara berbahaya termasuk melawan arus di sekitar kawasan Pasir Gudang, di sini hari ini.
Kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas beberapa rakaman video memaparkan lori berkenaan dipandu secara agresif sehingga membahayakan pengguna jalan raya.
Berdasarkan maklumat yang tular, lori terbabit dipercayai dikesan bergerak di beberapa lokasi sebelum dipandu melawan arus dan memotong kenderaan lain secara berbahaya.
Keadaan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya yang berdepan risiko kemalangan sekiranya terserempak dengan kenderaan berkenaan.
Difahamkan, pemandu lori tersebut berjaya ditahan polis selepas beberapa jam dikejar.
Sehingga kini, polis belum membuat sebarang kenyataan berhubung insiden terbabit. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














