Bergson da Silva (kanan) meraikan jaringan bersama Arif Aiman pada aksi sebentar tadi. - Foto ihsan Malaysia NT

Piala ASEAN FIFA: Harimau Malaya ‘suka dalam duka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Harimau Malaya menutup kempen Kumpulan A Piala ASEAN FIFA dengan kemenangan bergaya 6-0 ke atas Singapura, namun pesta gol itu akhirnya bertukar duka apabila impian ke final tetap berkubur.

Malaysia mengumpul kemenangan besar di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, tetapi keputusan itu tidak memadai selepas Indonesia turut mencipta pesta gol dengan membelasah Bangladesh 9-2.

Keputusan itu menyaksikan Indonesia menamatkan saingan selaku juara kumpulan dan dijangka bertemu Thailand di pentas final, Isnin depan.

Pada perlawanan sebentar tadi, Bergson Da Silva membuktikan ketajaman penyudah apabila muncul wira skuad negara apabila meledak jaringan hatrik pada minit ke-8, m-62 dan m-90.

Stuart Wilkin turut menceriakan kem Harimau Malaya apabila meledak gol pada minit ke-26 hasil bantuan Manuel Hidalgo sebelum Paulo Josue menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-76 menerusi hantaran Arif Aiman.

Pemain gantian, Syahir Bashah turut mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-87 selepas menerima bantuan Daniel Ting dengan keputusan 6-0 kekal hingga wisel penamat.

Ketika skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu menjangkakan keputusan 6-0 sudah cukup untuk bawa ke final, Indonesia berjaya menambah dua gol pada masa kecederaan sekali gus memiliki kelebihan jaringan ketika kedua-dua pasukan terikat tujuh mata.

Malaysia dijangka bertemu satu lagi negara seteru Asia Tenggara, Vietnam pada penentuan tempat ketiga dan keempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di