Gambar hiasan.

Sembilan wargas asing ‘kosong’ dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Polis menahan sembilan warga Bangladesh selepas gagal mengemukakan pasport dan dokumen perjalanan yang sah di Jalan Kuala Lipis-Gua Musang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kesemua lelaki terbabit ditahan selepas kenderaan Perodua Alza berwarna putih yang dinaiki mereka didapati dalam keadaan mencurigakan.

“Mereka ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bertam kira-kira 11.30 pagi. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua individu berusia antara 20 hingga 30 tahun itu gagal mengemukakan pasport atau dokumen perjalanan sah bagi membuktikan kebenaran mereka memasuki Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 55E, Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti status imigresen kesemua individu berkenaan dan menyiasat penglibatan pihak lain yang terlibat dalam kegiatan terbabit,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di