Dr. Mahathir kelihatan sugul ketika menziarahi pusara isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah di Pusara Negara, Presint 20 di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

Lebih baik Tun M duduk di IJN dulu – Mukhriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memerlukan sedikit masa untuk menerima hakikat pemergian isteri tersayang pada pagi Isnin lalu selepas berkongsi kasih selama 70 tahun.

Menurut anaknya, Datuk Seri Mukhriz, keadaan tersebut sedikit sebanyak memberi manifestasi terhadap kesihatan fizikal bapanya yang berusia 101 tahun.

“Saya kira kalau duduk di rumah pun agaknya setiap benda yang dia pandang akan mengingatkannya lagi kepada arwah bonda (Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali).

“Jadi lebih baik Tun M duduk IJN (Institut Jantung Negara) dulu, mungkin kalau dia sampai betul-betul dapat pulih,” katanya.

Mukhriz berkata, dalam perkembangan terbaharu bapanya menziarahi pusara Tun Dr. Siti Hasmah di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya hari ini.

“Jadi sudah tentu ia memakan sedikit masa untuk betul-betul dapat menerima (pemergian) arwah bonda.

“Hari ini pun dia dah pergi ziarah kubur (isteri). Itu satu perkembangan baharu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di