Tangkap layar seorang kanak-kanak lelaki yang berkokok seperti ayam.

Budak jadi perhatian, suara seperti ‘alarm’ ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN �� Gelagat seorang kanak-kanak menjenguk keluar dari tingkap van sekolah sambil ‘berkokok’ bukan sahaja mencuri perhatian orang ramai di lokasi tersebut, malah mencuit hati pengguna media sosial selepas video itu tular, baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 14 saat itu, kanak-kanak tersebut dilihat selamba melayan permintaan seorang individu yang berada berhampiran van sekolah tersebut.

Dalam video sama, pemandu kereta itu dikatakan berseloroh mengenai kanak-kanak itu yang dikatakan “asal balik sekolah saja jadi ayam”, selain mendakwa sudah “bau ayam”.

Gelagat spontan itu mengundang reaksi lucu daripada pengguna media sosial yang menyifatkan kanak-kanak tersebut memiliki keletah yang mencuit hati dan pandai ‘melayan’ gurauan.

“Hebat adik ini. Boleh ganti jadi ‘alarm’ (penggera) ayam aku. Aku susah nak bangkit tidur,” komen Ais Hancur.

“Minta budak ini datang ke rumah saya dan jadi ‘alarm’ saya boleh? Susah saya nak bangun walaupun telefon bunyi anjing menyalak satu kampung,” balas Jadee Dee.

Sehingga kini, video yang dimuat naik di media sosial itu mendapat ratusan tanda suka dan pelbagai komen daripada pengguna yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di