suria

Kepala hancur, tangan putus... Ibu terduduk lihat mayat dua anak berpelukan

Mayat dua beradik itu ditemukan dalam keadaan berpelukan. -Foto Facebook Mila Bunda Daffa

LULUH hati seorang ibu mengenangkan pemergian serentak kedua-dua anaknya hanya dalam sekelip mata.

Suasana pilu menyelubungi kawasan Pantai Barat, Lampung, Indonesia Rabu lalu susulan penemuan dua beradik dalam keadaan berpelukan dengan kepala didapati hancur, malah tangan salah seorang daripadanya terputus.

Malah, ibu kepada dua kanak-kanak itu juga gagal mengawal emosi sejurus penemuan mayat berkenaan.

Penduduk bernama Sahirin pada awalnya dikejutkan dengan penemuan mayat yang tidak dapat dikenal pasti di sebuah kawasan ladang sekitar 10.30 malam.

Mangsa kanak-kanak lelaki serta adik perempuannya, masing-masing berusia lapan dan empat tahun sebelumnya meminta izin untuk bermain di sekitar kawasan ladang tidak jauh dari kediaman mereka.

Polis sedang mengumpul bukti bagi mencari pelaku kejadian itu. -Foto Facebook Mila Bunda Daffa

Bagaimanapun, naluri ibu yang resah memandangkan kelibat anak-anaknya tidak kunjung tiba petang itu langsung melaporkan kehilangan mereka di balai polis berdekatan.

Ketua Polis Pantai Barat, AKBP Bestiana kemudian mengesahkan insiden berkenaan.

"Jenazah segera dibawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca luka yang terdapat pada badan mangsa," ujarnya.

Sehingga kini, siasatan kes masih lagi berjalan dan polis sedang menyoal siasat beberapa orang saksi bagi mengumpul bukti. -Agensi

Artikel Lain