Dua pelajar IPG lemas ketika berkayak

Iklan
Pelajar yang trauma dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

SUNGAI PETANI - Dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis dilaporkan lemas ketika sedang melakukan aktiviti kayak di Pantai Merdeka kira-kira jam 5 petang Sabtu.

Difahamkan, kedua-dua mangsa berusia 20-an terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Iklan
Iklan

Berdasarkan saksi kejadian, sekumpulan pelajar menaiki kira-kira 30 buah kayak bergerak dari Teluk Bayu di sini menuju ke Teluk Nipah di Pantai Merdeka.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba berlaku arus deras di muara Sungai Merbok menyebabkan beberapa kayak dinaiki pelajar terbalik.

Iklan

Operasi pencarian kemudian menemui dua orang mangsa dipercayai tersangkut di bawah pukat kira-kira jam 7.30 malam.

Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat sementara beberapa pelajar yang dikesan trauma dihantar Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut.

Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan, dua mangsa disahkan meninggal dunia.

"Kita masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya.