[VIDEO] Lelaki pukul isteri hingga keguguran direman tujuh hari

Iklan

SUNGAI PETANI - Mahkamah Majistret di sini pada Rabu membenarkan reman selama tujuh hari terhadap seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya hingga parah dalam kejadian di Ambangan Heights.

Perintah reman terhadap suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Mohamad Azlan Basri, bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah.

Mahkamah Majistret Sungai Petani membenarkan reman selama tujuh hari terhadap seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya hingga parah.

Iklan

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi dengan diiringi anggota polis dalam keadaan berpakaian lokap.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa seorang penjawat awam berusia 39 tahun mengalami kecederaan parah hingga keguguran ketika kandungannya berusia 12 minggu.

Iklan

Mangsa dipercayai dipukul menggunakan penyangkut baju, getah paip, batang besi langsir dan batang penyapu hingga patah.

Suspek diiringi anggota polis dalam keadaan berpakaian lokap.

Pasangan tersebut dikatakan berkahwin di Thailand pada Disember lalu, namun belum mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah dilaporkan berkata, suspek ditahan pada petang Selasa di sekitar Alor Setar bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek ditahan pada petang Selasa di sekitar Alor Setar bagi membantu siasatan.