'Tak sangka anak yang sihat tiba-tiba tidak sedarkan diri'

Iklan
Rosneh sedih melihat anak sulungnya terlantar tidak sedarkan diri sebaik tiba dari Vietnam.

KOTA KINABALU - Ibu mana yang tidak luluh hatinya apabila anak yang selama ini dilihat sihat namun pulang dari percutian dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam ambulans.

Bagi Rosneh Asin, 52, penantian untuk menyambut kepulangan anak sulungnya pada 21 April lalu bertukar menjadi detik paling menyedihkan apabila menerima khabar mengejutkan daripada menantunya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anaknya itu sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda serius selain hanya mengadu sakit kepala yang dianggap biasa akibat keletihan.

"Sebelum ini dia hanya mengadu sakit kepala, tapi biasanya disebabkan penat sahaja… jadi memang tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku. 

Iklan

"Sepatutnya mereka balik pada hari itu, tetapi sekitar jam 7 malam, menantu saya hubungi beritahu dia dimasukkan ke hospital selepas tiba-tiba tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun, Rosneh berkata, beliau bersyukur apabila anaknya itu kini sudah selamat tiba di Kota Kinabalu untuk meneruskan rawatan di hospital.

Iklan

"Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mempermudahkan urusan membawa anak saya pulang ke Sabah," katanya.

Azrul (empat dari kanan) ketika menyantuni Rosneh (tiga dari kiri) ibu kepada Ruhana yang menunggu kepulangan anaknya di KKIA.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Azrul Ibrahim yang turut hadir menyambut pasangan suami isteri itu berkata, kerajaan negeri sentiasa komited membantu rakyat Sabah yang berdepan kesusahan, sama ada di dalam mahupun luar negara.

"Seperti mana kita tahu, Rumah Sabah sentiasa berkomunikasi dengan rakyat Sabah yang berdepan kes-kes seperti ini.

"Bagi kes ini, Rumah Sabah bersama Yayasan Kebajikan Sabah telah menghubungi mangsa bagi membantu meneruskan rawatan di negeri ini, selaras dengan permintaan keluarga yang mahu pesakit dirawat di Sabah demi keselesaan.

"Kita faham kes seperti ini bukan sahaja berlaku di dalam negeri, malah ada juga di luar negara," katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri melalui jabatan-jabatan berkaitan akan sentiasa menyantuni dan membantu mana-mana rakyat Sabah yang berdepan situasi sama, tidak kira di dalam atau luar negara.