SHAH ALAM - Malaysia dijangka mengambil sekitar 200,000 pekerja dari Bangladesh dalam tempoh enam bulan dengan proses pengambilan dijangka bermula hujung bulan ini.
Memetik laporan The Daily Star, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi Bangladesh, Mir Shahe Alam berkata, proses pengambilan pekerja berkenaan akan dilaksanakan melalui pelbagai agensi di negara itu.
Menurutnya, daripada jumlah itu, kira-kira 10,000 pekerja akan diambil tanpa dikenakan sebarang kos.
"Di Malaysia terdapat kira-kira 800,000 pekerja Bangladesh yang berdaftar. Ada juga yang tidak berdaftar.
Beliau berkata demikian selepas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Shuhada Othman mengada pertemuan dengan Menteri Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi, Abdul Moyeen Khan.
Beliau berkata, isu mengenai lawatan Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman ke Malaysia turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut bagi memperkukuh lagi hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.
Sinar Harian akan mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Sumber Manusia berhubung perkara tersebut.