Penyanyi Bumiputra Rockers, Joey meninggal dunia

Joey dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Sabtu. Foto Facebook Joey Bpr
Joey dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Sabtu. Foto Facebook Joey Bpr
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers (BPR), Joey, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Sabtu.

Joey atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, 63, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.11 pagi tadi .

Berita pemergian Joey dimaklumkan oleh isterinya, Zarinah Zainal, menerusi hantaran di akaun Facebook Allahyarham, hari ini.

"Assalamualaikum w.b.t.

"Saya, isteri kepada Johari Mat Rozekhi (Joey BPR) ingin memberitahu bahawa Johari telah kembali ke rahmatullah pada 29 Ogos 2026, 8.11 pagi di hospital HKL sebentar tadi.

"Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah," katanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Article Details