Trump dakwa Selat Hormuz dalam 'keadaan amat baik', purata 30 kapal melalui laluan setiap malam

Donald Trump. Foto: AFP
Donald Trump. Foto: AFP
A
A
A

HAMILTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata, Selat Hormuz berada dalam "keadaan amat baik”, sambil mendakwa bantuan tentera laut AS membolehkan purata 30 kapal melalui laluan itu setiap malam, lapor Anadolu Ajansi.

"Selat Hormuz kini berada dalam keadaan amat baik. Anda tahu, kami sedang mengambil alih.

"Banyak kapal berjaya melaluinya malam tadi. Seperti yang anda tahu, dengan bantuan Tentera Laut, dan secara purata 30 kapal melaluinya setiap malam.

"Itu jumlah yang banyak, dan banyak minyak dapat dibawa keluar.

"Sebab itulah anda tidak melihat harga minyak meningkat seperti yang mereka jangkakan,” kata Trump kepada pemberita di Pejabat Oval. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Article Details