Sembang santai selami erti kemerdekaan

KAMARUL Azman Khamis pada program sembang santai Komuniti Madani di Kampung Pokok Sena, Kangar, Perlis.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Program sembang santai komuniti Madani di Kampung Pokok Sena di sini diserikan dengan ceramah berkaitan kemerdekaan bersempena Bulan Kebangsaan tahun ini.

Ceramah berkaitan erti kemerdekaan dan perpaduan itu disampaikan Pengarah Ghazali Shafie Graduate School (GSEEP) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis.

Program dianjurkan Jabatan Penerangan negeri yang turut meraikan penduduk di kawasan berkenaan.

Sebagai rekod, program tersebut turut menjadi platform memperkukuh komunikasi dua hala antara agensi kerajaan dan komuniti, sekali gus meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap isu-isu semasa yang memberi kesan langsung kepada mereka.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN