Cheng Hoe masih cari ramuan terbaik

Tan Cheng Hoe
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe masih belum menemui ramuan terbaik bagi membentuk skuad yang mampu memberi cabaran pada Piala ASEAN FIFA yang dijadual berlangsung dari 24 September hingga 5 Oktober ini.

Cheng Hoe berkata, fokusnya ketika ini adalah memantau prestasi pemain dalam saingan liga sebelum senarai akhir skuad kebangsaan dimuktamadkan.

Bagaimanapun, dia memberi bayangan bahawa sebahagian besar pemain yang menjadi pilihan utama dalam skuad kebangsaan sebelum ini pada kempen Piala ASEAN berpeluang kembali dipanggil untuk tugasan antarabangsa.

“Selalunya pemain yang kebiasaan dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan. Contohnya Dion Cools, Arif Aiman, La’Vere Corbin-Ong, Syihan Hazmi dan beberapa nama lagi,” katanya.

Skuad Harimau Malaya dijangka memulakan latihan rasmi pada 21 September, iaitu sebaik sahaja kalendar antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dibuka, sebelum turun dalam aksi pertama menentang Bangladesh pada 25 September.

“Setakat ini kita belum muktamadkan lagi kerana perlawanan pertama kita pada 25 September menentang Bangladesh. Jadi, kalendar FIFA bermula 21 September. Mungkin kita akan mula pada hari yang sama,” kata Cheng Hoe.

Dalam pada itu, status penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva untuk bersama Harimau Malaya turut menarik perhatian apabila Cheng Hoe memberi bayangan positif mengenai peluang pemain kelahiran Brazil itu membuat penampilan bersama skuad kebangsaan.

Katanya, Bergson dijangka tidak berdepan masalah untuk beraksi, namun pengesahan rasmi daripada badan induk dunia masih diperlukan.

“Bergson sepatutnya boleh bermain dan saya juga masih menunggu daripada FAM untuk mendapatkan kelulusan daripada FIFA.

“Saya rasa boleh, tetapi kita kena dapatkan pengesahan daripada FIFA terlebih dahulu. Dia sudah hampir lima tahun berada di sini dan dari segi status naturalisasi, sepatutnya tiada masalah.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh mengesahkan 100 peratus. Setakat ini, pihak FAM memaklumkan dokumentasi itu sepatutnya sudah okay,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN