SENIMAN JALANAN DI KUALA LUMPUR KINI DIKENALI SENIMAN KOTA, TERIMA 5 TAPAK BARU DAN 3 INISIATIF SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
Bersama-sama para penggiat seni di Temu Rapat dan Bengkel Pemantapan Seniman Kota Kuala Lumpur 2025 di Dewan Komuniti Sentul Perdana.
Saya umumkan berkuat kuasa serta merta hari ini gelaran KL Street Artist atau Seniman Jalanan akan ditukar ke Seniman Kota.
Bagi menghidupkan suasana di sekitar kawasan inisiatif Warisan KL, saya umumkan bahawa DBKL akan membuka 5 lagi tapak baru untuk seniman kota berkarya, iaitu:
1️⃣ Jejak Pahlawan di Bulatan Dato' Onn
2️⃣ River of Life di belakang Bangunan Sultan Abdul Samad
3️⃣ River of Life berhampiran Pasar Seni
4️⃣ Lanai Seni bersebelahan Pasar Seni
5️⃣ Medan Pasar
Tapak-tapak ini terletak di dalam kawasan Warisan KL dan mempunyai potensi besar sebagai pusat seni di kota Kuala Lumpur ini. Saya mahu seni kembali mewarnai ruang-ruang awam di Kuala Lumpur, namun perlulah secara tersusun dan sedap mata memandang.
Mendepani Tahun Melawat Malaysia 2026 pada tahun hadapan, saya umumkan 3 perkara:
1️⃣ DBKL akan mengecualikan bayaran permit kepada seniman kota yang layak untuk tahun 2026;
2️⃣ Persatuan Karyawan dengan tajaan PEKEMA dan sokongan dari DBKL bersetuju untuk menyediakan t-shirt rasmi seniman kota sebagai identiti baru untuk menggalakkan peningkatan imej dan profesionalisme mereka; dan
3️⃣ DBKL akan menaja caruman PERKESO kepada seniman kota yang berdaftar selama setahun untuk tahun 2026.
Ini adalah pengiktirafan yang diberikan kepada seniman kota yang merupakan salah satu segmen rakyat yang penting dalam pembangunan dan ekonomi negara.
Ibu kota ini tidak hanya dibina dengan batuan dan konkrit semata-mata, tetapi turut dibina dengan seni, budaya, bahasa dan juga kreativiti rakyatnya. Justeru, untuk mencapai hasrat ini, Kerajaan MADANI memerlukan para seniman kota untuk terus berkarya dan terus melangkah mewarnai bandar raya Kuala Lumpur.
#DrZ
#WilayahPersekutuanKita
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI

