Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan baru-baru ini.
Antara ikhtiar penting yang diumumkan ialah usaha mempercepat rawatan dan menurunkan tempoh menunggu di klinik serta hospital kerajaan. Ini akan dilaksanakan melalui peruntukan RM1 bilion bagi sistem Rekod Kesihatan Elektronik (EMR) dan ketersambungan WiFi di fasiliti kesihatan awam, melibatkan 150 hospital dan 2,000 klinik kesihatan.
Inisiatif ini selaras dengan usaha KKM ke arah perkhidmatan kesihatan awam yang lebih cekap, mesra pesakit dan berasaskan data. Kami komited untuk melaksanakan peruntukan ini dengan telus, berkesan dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Semoga setiap langkah ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakyat dan memberi makna yang nyata kepada sambutan kemerdekaan tahun ini
KKM akan terus bekerja keras bersama Kerajaan MADANI demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia 🇲🇾.
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI
