Post

Log inSign up

Post

KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ on X: "(2/2) Acara perbarisan dan perarakan pada tahun ini melibatkan 76 kontinjen, 22 kumpulan pancaragam dan 11 kereta berhias (float), dengan penglibatan 10,819 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, badan beruniform, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi serta wakil masyarakat sivil. Buat julung kalinya, sambutan turut disertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor, kontinjen Sukan SEA 2027 dan kontinjen kluster Kelestarian Ekonomi Jingga. Sambutan dimeriahkan dengan persembahan skuadron pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Persembahan penutupan “Rentak MADANI, Paluan Tradisi” pula menghimpunkan 2,350 peserta gabungan Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), PERMATA Seni Tari, pelajar Kementerian Pendidikan (KPM), agensi dan jabatan kerajaan, syarikat seni serta badan bukan kerajaan (NGO) seni dan budaya. Turut membuat persembahan, penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir yang menyanyikan lagu tema rasmi HKHM 2026, "Aku Berjanji". Semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara terus disemarakkan apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menyertai Perarakan Hari Kebangsaan menerusi Perbarisan Kontinjen Kesejahteraan yang disertai seramai 200 peserta. Kontinjen KKM terdiri daripada warga Ibu Pejabat KKM, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh, ILKKM Kuala Lumpur serta ProtectHealth dan diketuai oleh YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM. Lebih istimewa, kontinjen KKM tampil membawa mesej “Jom Saring Kesihatan” dan “Sihat Itu Saya”, diserikan dengan kehadiran dua maskot “Malaysia Sihat, Sihat Itu Saya” yang mencuri perhatian sepanjang perarakan. Penyertaan ini bukan sekadar menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, malah menjadi platform untuk menyampaikan mesej bahawa rakyat yang sihat merupakan asas kepada sebuah negara yang kuat, produktif dan sejahtera. Turut hadir YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, KKM; YBhg. Datuk Dr Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengurusan Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia."

@KKMPutrajaya
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️
@KKMPutrajaya
(2/2) Acara perbarisan dan perarakan pada tahun ini melibatkan 76 kontinjen, 22 kumpulan pancaragam dan 11 kereta berhias (float), dengan penglibatan 10,819 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, badan beruniform, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi serta wakil masyarakat sivil. Buat julung kalinya, sambutan turut disertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor, kontinjen Sukan SEA 2027 dan kontinjen kluster Kelestarian Ekonomi Jingga. Sambutan dimeriahkan dengan persembahan skuadron pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Persembahan penutupan “Rentak MADANI, Paluan Tradisi” pula menghimpunkan 2,350 peserta gabungan Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), PERMATA Seni Tari, pelajar Kementerian Pendidikan (KPM), agensi dan jabatan kerajaan, syarikat seni serta badan bukan kerajaan (NGO) seni dan budaya. Turut membuat persembahan, penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir yang menyanyikan lagu tema rasmi HKHM 2026, "Aku Berjanji". Semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara terus disemarakkan apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menyertai Perarakan Hari Kebangsaan menerusi Perbarisan Kontinjen Kesejahteraan yang disertai seramai 200 peserta. Kontinjen KKM terdiri daripada warga Ibu Pejabat KKM, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh, ILKKM Kuala Lumpur serta ProtectHealth dan diketuai oleh YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM. Lebih istimewa, kontinjen KKM tampil membawa mesej “Jom Saring Kesihatan” dan “Sihat Itu Saya”, diserikan dengan kehadiran dua maskot “Malaysia Sihat, Sihat Itu Saya” yang mencuri perhatian sepanjang perarakan. Penyertaan ini bukan sekadar menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, malah menjadi platform untuk menyampaikan mesej bahawa rakyat yang sihat merupakan asas kepada sebuah negara yang kuat, produktif dan sejahtera. Turut hadir YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, KKM; YBhg. Datuk Dr Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengurusan Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia.
7:36 AM · Aug 31, 20261.1KViews

Log in or sign up for X

See what’s happening and join the conversation

Continue with phone
or
Log in with username or email

Relevant people

Avatar
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️@KKMPutrajayaFollow

Trending now

Terms·Privacy·Cookies·Accessibility·Ads Info·© 2026 X Corp.
  • @KKMPutrajaya
    KKMalaysia🇲🇾🩺❤️
    @KKMPutrajaya
    23h
    (1/2) KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini. Sambutan ini turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri dan isteri; Timbalan-Timbalan
    2