๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐ง ๐ค๐-๐๐
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana tahun ini saya sekali lagi dapat bersama-sama ribuan rakyat Malaysia meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya.
Setiap tahun kita menyambut Hari Kebangsaan, tetapi semangat yang diperlihatkan rakyat tidak pernah terasa biasa. Di sinilah kita melihat bahawa di sebalik segala perbezaan, kecintaan kepada tanah air sentiasa menemukan kita.
Apabila Jalur Gemilang dikibarkan dan lagu Negaraku berkumandang, kita berdiri sebagai satu bangsa yang berkongsi tanah air dan masa depan yang sama.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh kontinjen perbarisan, pasukan keselamatan, para petugas, sukarelawan serta semua yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan pada tahun ini.
Semoga semangat yang kita zahirkan pada pagi tadi terus segar dalam jiwa setiap anak Malaysia. Kita pertahankan keamanan yang diwarisi, kita pelihara keharmonian yang terbina dan kita terus berganding bahu membawa Malaysia melangkah lebih jauh.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69, Malaysiaku! ๐ฒ๐พ
Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!
#HariKebangsaan2026
#HKHM2026



