Salut saya kepada seluruh petugas yang telah mencurahkan tenaga, masa dan keringat bagi menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Daripada anggota keselamatan, penjawat awam, pasukan teknikal dan perubatan, petugas kebersihan, para kontinjen, penggiat seni, warga media hinggalah anak-anak dan para sukarelawan, setiap daripada kalian telah memainkan peranan bermakna dalam memastikan sambutan ini berlangsung dengan tertib, meriah dan penuh jiwa merdeka.
Terima kasih juga kepada seluruh rakyat yang sanggup berkampung di Putrajaya sejak malam tadi demi bersama-sama memeriahkan sambutan ini. Inilah semangat kebersamaan yang kita dambakan, berhimpun dalam satu tekad, meraikan kemerdekaan dan memperkukuh perpaduan.
Semangat, disiplin dan kebersamaan yang ditampilkan mencerminkan wajah sebenar Malaysia, sebuah negara yang teguh kerana rakyatnya bersatu dan saling melengkapi.
Merdeka! 🇲🇾
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#YakinMADANI
#Merdeka69

