Post

Log inSign up

Post

KKMalaysiaπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ©Ίβ€οΈ on X: "𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππŽπ‘ππ„πŽ π’πˆπ‘πˆ πŸ’: 𝐘𝐁 π“πˆπŒππ€π‹π€π πŒοΏ½οΏ½ππ“π„π‘πˆ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π πŒπ„ππ˜π€ππ“π”ππˆ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πˆπ‹πŠπŠπŒ π’πˆππ” YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Sambutan Jubli Perak Ke-25 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) (Kejururawatan) Sibu, sempena Jelajah Kesihatan Borneo Siri 4 di Sibu, Sarawak hari ini. Ketibaan YB Timbalan Menteri Kesihatan telah disambut oleh YBrs. Puan Noriha binti Isnawi, Pengarah ILKKM (Kejururawatan) Sibu, sebelum meninjau kemudahan dan persekitaran institut bagi melihat sendiri pengoperasian serta kebajikan warga kerja dan pelatih. ILKKM (Kejururawatan) Sibu merupakan antara institusi latihan KKM yang penting di Sarawak sejak 1992, bertanggungjawab melahirkan lebih 3,000 graduan bagi menyokong keperluan tenaga jururawat berkaliber, khususnya dalam melepasi cabaran perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar dan komuniti setempat. Sebagai tonggak perkhidmatan kesihatan, latihan di ILKKM Sibu terus difokuskan kepada peningkatan kompetensi masa hadapan seperti pengurusan penyakit kronik, rehabilitasi, penjagaan paliatif serta penggunaan teknologi digital demi memastikan rakyat mendapat rawatan yang berkualiti, selamat dan penuh ihsan. YB Timbalan Menteri Kesihatan turut meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni para pengajar, warga kerja serta pelatih-pelatih yang bertugas. KKM kekal komited untuk memperkukuh kapasiti latihan, memperbaik infrastruktur institut, serta memantapkan pembangunan modal insan kesihatan yang berdaya saing demi perkhidmatan kesihatan yang mampan dan saksama buat seluruh rakyat. Turut hadir YBrs. Dr. Mohammad Nazarudin Bin Bahari, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), YBrs. Puan Emilia Rosnizar binti Ahmad Hanipiah, Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan KKM, Ybrs. Dr. Aren Sinedeh Anak Lemin, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu, YBrs. Puan Noriha binti Isnawi, Pengarah ILKKM (Kejururawatan) Sibu, pegawai-pegawai kanan KKM serta warga kerja ILKKM Sibu."

@KKMPutrajaya
KKMalaysiaπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ©Ίβ€οΈ
@KKMPutrajaya
𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππŽπ‘ππ„πŽ π’πˆπ‘πˆ πŸ’: 𝐘𝐁 π“πˆπŒππ€π‹π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π πŒπ„ππ˜π€ππ“π”ππˆ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πˆπ‹πŠπŠπŒ π’πˆππ” YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Sambutan Jubli Perak Ke-25 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) (Kejururawatan) Sibu, sempena Jelajah Kesihatan Borneo Siri 4 di Sibu, Sarawak hari ini. Ketibaan YB Timbalan Menteri Kesihatan telah disambut oleh YBrs. Puan Noriha binti Isnawi, Pengarah ILKKM (Kejururawatan) Sibu, sebelum meninjau kemudahan dan persekitaran institut bagi melihat sendiri pengoperasian serta kebajikan warga kerja dan pelatih. ILKKM (Kejururawatan) Sibu merupakan antara institusi latihan KKM yang penting di Sarawak sejak 1992, bertanggungjawab melahirkan lebih 3,000 graduan bagi menyokong keperluan tenaga jururawat berkaliber, khususnya dalam melepasi cabaran perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar dan komuniti setempat. Sebagai tonggak perkhidmatan kesihatan, latihan di ILKKM Sibu terus difokuskan kepada peningkatan kompetensi masa hadapan seperti pengurusan penyakit kronik, rehabilitasi, penjagaan paliatif serta penggunaan teknologi digital demi memastikan rakyat mendapat rawatan yang berkualiti, selamat dan penuh ihsan. YB Timbalan Menteri Kesihatan turut meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni para pengajar, warga kerja serta pelatih-pelatih yang bertugas. KKM kekal komited untuk memperkukuh kapasiti latihan, memperbaik infrastruktur institut, serta memantapkan pembangunan modal insan kesihatan yang berdaya saing demi perkhidmatan kesihatan yang mampan dan saksama buat seluruh rakyat. Turut hadir YBrs. Dr. Mohammad Nazarudin Bin Bahari, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), YBrs. Puan Emilia Rosnizar binti Ahmad Hanipiah, Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan KKM, Ybrs. Dr. Aren Sinedeh Anak Lemin, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu, YBrs. Puan Noriha binti Isnawi, Pengarah ILKKM (Kejururawatan) Sibu, pegawai-pegawai kanan KKM serta warga kerja ILKKM Sibu.
12:59 PM Β· Aug 31, 202618KViews

Log in or sign up for X

See what’s happening and join the conversation

Continue with phone
or
Log in with username or email

Relevant people

Avatar
KKMalaysiaπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ©Ίβ€οΈ@KKMPutrajayaFollow

Trending now

TermsΒ·PrivacyΒ·CookiesΒ·AccessibilityΒ·Ads InfoΒ·Β© 2026 X Corp.
  • @KKMPutrajaya