Post

Log inSign up

Post

Rafizi Ramli on X: "Permintaan rakyat jarang sekali besar. Bukan universiti baru, bukan pelaburan berbilion ringgit. Yang diminta selalunya ialah longkang yang lebih besar, jalan yang dibaiki, dan satu blok sekolah tambahan. Untuk perkara sekecil itu pun, jawapannya sering sama. Kena tunggu Putrajaya. Bukan kerana birokrasi semata-mata. Kerana negeri memang tidak ada duit. Di semenanjung ini, selain Johor dan mungkin Selangor, yang lain cukup-cukup makan. Ada negeri yang tanpa suntikan Persekutuan tidak mampu membayar gaji kakitangannya sendiri. Cukai dikutip daripada tempat yang menjana, dipindahkan ke tempat yang tidak menjana. Yang bekerja terus dipukul. Lama-lama ia bukan lagi soal keadilan. Ia soal berapa lama sebelum yang dipukul itu tumbang. Tetapi memulangkan lebih banyak wang kepada negeri pun bukan jawapan automatik. Beri satu bilion ringgit kepada sebuah negeri, kalau jabatan tekniknya tidak cukup jurutera, wang itu tetap tidak boleh dilaksanakan walaupun tidak seorang pun yang makan duit. Di China, wilayah bersaing sesama sendiri seperti anak syarikat. Yang membangun paling pantas itulah yang naik. Tonton kupasan penuh isu peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 61: https://t.co/oVh1rkNPw2"

@rafiziramli
Rafizi Ramli
@rafiziramli
Permintaan rakyat jarang sekali besar. Bukan universiti baru, bukan pelaburan berbilion ringgit. Yang diminta selalunya ialah longkang yang lebih besar, jalan yang dibaiki, dan satu blok sekolah tambahan. Untuk perkara sekecil itu pun, jawapannya sering sama. Kena tunggu Putrajaya. Bukan kerana birokrasi semata-mata. Kerana negeri memang tidak ada duit. Di semenanjung ini, selain Johor dan mungkin Selangor, yang lain cukup-cukup makan. Ada negeri yang tanpa suntikan Persekutuan tidak mampu membayar gaji kakitangannya sendiri. Cukai dikutip daripada tempat yang menjana, dipindahkan ke tempat yang tidak menjana. Yang bekerja terus dipukul. Lama-lama ia bukan lagi soal keadilan. Ia soal berapa lama sebelum yang dipukul itu tumbang. Tetapi memulangkan lebih banyak wang kepada negeri pun bukan jawapan automatik. Beri satu bilion ringgit kepada sebuah negeri, kalau jabatan tekniknya tidak cukup jurutera, wang itu tetap tidak boleh dilaksanakan walaupun tidak seorang pun yang makan duit. Di China, wilayah bersaing sesama sendiri seperti anak syarikat. Yang membangun paling pantas itulah yang naik. Tonton kupasan penuh isu peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 61: youtu.be/2AytMmKIU7w?si…
00:00
4:07 AM · Sep 1, 20267.1KViews
3

Log in or sign up for X

See what’s happening and join the conversation

Continue with phone
or
Log in with username or email

Relevant people

Avatar
Rafizi Ramli@rafiziramliFollow

Trending now

Terms·Privacy·Cookies·Accessibility·Ads Info·© 2026 X Corp.
  • @rafiziramli
    Rafizi Ramli
    @rafiziramli
    Permintaan rakyat jarang sekali besar. Bukan universiti baru, bukan pelaburan berbilion ringgit. Yang diminta selalunya ialah longkang yang lebih besar, jalan yang dibaiki, dan satu blok sekolah tambahan. Untuk perkara sekecil itu pun, jawapannya sering sama. Kena tunggu Putrajaya. Bukan kerana birokrasi semata-mata. Kerana negeri memang tidak ada duit. Di semenanjung ini, selain Johor dan mungkin Selangor, yang lain cukup-cukup makan. Ada negeri yang tanpa suntikan Persekutuan tidak mampu membayar gaji kakitangannya sendiri. Cukai dikutip daripada tempat yang menjana, dipindahkan ke tempat yang tidak menjana. Yang bekerja terus dipukul. Lama-lama ia bukan lagi soal keadilan. Ia soal berapa lama sebelum yang dipukul itu tumbang. Tetapi memulangkan lebih banyak wang kepada negeri pun bukan jawapan automatik. Beri satu bilion ringgit kepada sebuah negeri, kalau jabatan tekniknya tidak cukup jurutera, wang itu tetap tidak boleh dilaksanakan walaupun tidak seorang pun yang makan duit. Di China, wilayah bersaing sesama sendiri seperti anak syarikat. Yang membangun paling pantas itulah yang naik. Tonton kupasan penuh isu peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 61: youtu.be/2AytMmKIU7w?si…
    00:00
    4:07 AM · Sep 1, 20267.1KViews
    3
  • @mbarbalis
    barbalis maria jose
    @mbarbalis
    3h
    Betul. Rakyat tidak meminta sesuatu yang luar biasa, cuma kemudahan asas yang selesa dan selamat. Semoga suara rakyat di akar umbi terus didengar dan tindakan dapat dipercepat. 🇲🇾
  • @adzizi
    Adzizi
    @adzizi
    2h
    Masalahnya, negeri yg byk resources tu dikikis habis2an sampaikan utk dia sendiri pun tak ada. Skrg ni baru ada pan borneo, baru ada coastal road, kalau tak, kami terpaksa hadap pakai jalan sebesar kangkang dr Kuching ke Miri, feri jdi lumrah, Kapit 40 thn tak ada access jln.
  • @LyneChi
    LYNE CHI
    @LyneChi
    2h
    Ni aku setuju