๐๐๐ซ๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ข๐ค ๐๐๐ฌ๐ญ๐ข ๐๐ข๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ค๐ฌ๐๐ง๐๐๐ง
Saya memulakan hari pertama bulan September ini bersama seluruh warga KKDW dalam Perhimpunan Bulanan dengan satu penegasan iaitu perancangan yang baik mesti disusuli dengan pelaksanaan yang berkesan agar manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat.
Dengan hanya berbaki empat bulan sebelum kita menutup tirai 2026, saya mahu tempoh ini digunakan untuk kita memperkemas pelaksanaan dan menyelesaikan apa yang telah dimulakan.
Justeru, saya telah mengarahkan seluruh Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KKDW untuk melaksanakan โOperasi Sifar Tertangguhโ, dengan melihat semula segala projek, bayaran, isu tanah, utiliti, kontrak, aset serta keputusan yang masih belum diselesaikan.
Apa yang boleh diselesaikan, selesaikan segera. Apa yang memerlukan intervensi, bawa untuk keputusan.. dan apa yang tidak lagi praktikal, kita mesti berani membuat keputusan dan menutupnya.
Dalam kita membuat persediaan menuju Belanjawan 2027, pendekatan yang sama mesti diterapkan. Keperluan sentiasa lebih besar daripada sumber yang tersedia. Sebab itu, ukuran kita tidak boleh hanya pada berapa banyak yang dibelanjakan atau berapa banyak projek yang dilaksanakan, tetapi sejauh mana setiap ringgit yang dibelanjakan benar-benar memberi nilai dan membawa perubahan kepada kehidupan rakyat.
Kerana akhirnya, pembangunan tidak selesai apabila sesuatu projek diluluskan atau peruntukan disediakan. Ia hanya mempunyai makna apabila manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat.
#KKDW
#OperasiSifarTertangguh
#DesaMalaysia
