Alhamdulillah anak saya bersama rakan-rakan para sukarelawan, belia dan komuniti setempat telah menyantuni 30 keluarga di Kampung Paya Ketiau, Padang Serai. Mereka turut sampaikan Bakul Rahmah dan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan tanpa mengira kaum dan latar belakang.
Walaupun saya tidak dapat bersama pada hari ini, saya amat bersyukur kerana program Semarak Kasih DS Saifuddin @ Padang Serai 3.0 telah berjalan dengan lancar.
Bagi saya, khidmat kepada masyarakat bukan sekadar tanggungjawab seorang wakil rakyat, tetapi nilai yang perlu dipupuk dan diteruskan oleh generasi muda. Saya gembira melihat anak-anak muda tampil menggerakkan usaha kebajikan serta mendekati masyarakat untuk mendengar sendiri denyut nadi dan keperluan mereka.
Semoga usaha kecil ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Terima kasih kepada semua sukarelawan, belia dan komuniti setempat yang telah menjayakan program ini.
#YakinMADANI
#SaifNasution

