Skip to main content

Dunia

Kerajaan Jepun rancang beli semula 210,000 tan beras

41435400401_BerasGeneric.jpg
Harga beras di Jepun ketika ini menurun susulan pertambahan bekalan di pasaran. - Gambar hiasan
Advertisement

TOKYO: Kerajaan Jepun akan membeli semula 210,000 tan beras yang dikeluarkan sebagai langkah kecemasan tahun lepas selepas kekurangan bekalan kini reda, kata Menteri Pertanian pada Selasa, lapor Kyodo News.

Kenaikan mendadak harga beras sebelum ini mendorong kerajaan mengeluarkan sejumlah 590,000 tan daripada stok simpanan beras bagi kegunaan kecemasan pada 2025.

Kerajaan kini mempunyai kira-kira 320,000 tan beras, jauh lebih rendah berbanding paras yang dianggap sesuai iaitu satu juta tan.

Harga beras menurun susulan pertambahan bekalan di pasaran.

Dalam pada itu, golongan petani bimbang bekalan yang banyak boleh menyebabkan harga jatuh mendadak.

-- BERNAMA-KYODO

Must Watch Video

Advertisement