Ahmad Faezal.

Demam panas punca Ahmad Faezal tidak ikut kapal GSF belayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh dan penulis bidang geopolitik, Ahmad Faezal Mohd. Shariff mendedahkan beliau tidak dapat meneruskan pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 selepas diserang demam panas pada saat-saat akhir.

Menerusi hantaran di Facebook, lelaki itu berkata, kesihatannya merosot pada malam 25 April lalu menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada menyertai pelayaran dari Sicily, Itali.

Ahmad Faezal berkata, ketika itu, dia masih berhasrat untuk bersama kumpulan GSF yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza, namun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

“Pada malam 25 (April), saya demam panas dan tidak sempat sembuh untuk pelancaran pada esoknya dari Sicily,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Katanya, sepanjang 26 hingga 29 April lalu, beliau masih demam namun masih perlu menguruskan perjalanan dari Sicily ke Rom, Abu Dhabi dan seterusnya kembali ke Kuala Lumpur.

Dalam hantaran sama, Ahmad Faezal memaklumkan, beliau sempat bertanya kepada pihak pengurusan kemungkinan untuk menyertai misi tersebut dari pelabuhan seterusnya.

Bagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk tidak mengambil tempat individu lain yang telah menunggu giliran.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Faezal berkata, pelayaran GSF berdepan detik cemas selepas beberapa kapal dilaporkan dipintas. Setakat ini sebanyak 22 buah kapal dipercayai dipintas termasuk beberapa kapal yang dinamakan Safsaf, Arkham 3 dan Goleta.

Beliau turut meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat bersama rakan-rakan seperjuangan di lapangan ketika insiden tersebut berlaku.

“Nak sangat ada dekat situ,” ujarnya.

Ahmad Faezal merupakan calon pertama yang dipilih menyertai pelayaran misi Sumud Nusantara ke Gaza.

Terdahulu, media melaporkan seramai 10 warga Malaysia dilaporkan terputus hubungan selepas sekurang-kurangnya 10 buah kapal GSF dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean, awal pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di