Farihah (kiri) menyampaikan faedah Pencen Penakat Perkeso kepada Nurul Hanis Amelia di Kampung Petoh, Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

Faedah Perkeso hadiah terakhir penderma organ buat keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Balu penderma organ, Allahyarham Muhammad Syukri Bazli menyifatkan faedah Pencen Penakat  diterima daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebagai hadiah terakhir arwah suaminya buat dia dan tiga anak yang masih kecil.

Nurul Hanis Amelia Ramli, 32, yang merupakan suri rumah berkata, pemergian suaminya secara tiba-tiba pada 26 April lalu memberi tamparan hebatnya.

Katanya, dia kini perlu memikirkan kelangsungan kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tiga anak berusia setahun dan enam tahun.

“Anak-anak saya memerlukan perhatian penuh terutama sulung yang disahkan autisme.

“Bantuan Perkeso ini amat membantu saya meringankan beban untuk membesarkan mereka,” katanya ketika ditemui di rumah mertuanya di Kampung Peroh, Ajil, di sini hari ini.

Terdahulu dia disantuni Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin yang menyampaikan faedah Pencen Penakat RM1,004.97 sebulan.

Nurul Hanis Amelia berkata, dia tidak menyangka arwah suaminya yang bekerja sebagai tukang masak turut mencarum dengan Perkeso.

Kosmo! 27 April lalu melaporkan Muhammad Syukri menerima penghormatan ‘walk of honor” oleh kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebagai tanda penghargaan kepada arwah yang menyumban organnya kepada individu memerlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di