PELAKON Siti Khadijah naik berang apabila tukar gambar suntingan AI memaparkan dirinya bersama pempengaruh kontroversi, Daddy Ash yang terkenal dengan perangai tidak bermoral.

‘Jangan libatkan saya dalam hal bodoh, itu bukan saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Marah dan meluat, pelakon Siti Khadijah tampil menyelar pihak tidak bertanggungjawab yang menyunting gambarnya bersama seorang pempengaruh kontroversi, Daddy Ash sekali gus menyifat perbuatan tersebut sebagai menjatuhkan maruah dirinya.

Ujar Siti atau nama sebenarnya Siti Khadijah Abdul Halim, 29, dia tidak akan berdiam diri, malah berhasrat mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab melakukan perkara tidak bermoral berkenaan.

“Saya serius mahu ambil tindakan. Bukan sekadar laporan polis tanpa hasil.

“Boleh sesiapa beritahu bagaimana mahu pastikan individu bertanggungjawab menerima hukuman setimpal? Saya benar-benar meluat dengan perkara ini,” tulisnya dalam Instagram Story.

Tambah pelakon drama Seoul Cinta itu, dia enggan namanya terus dikaitkan dengan perkara tidak bermoral, apatah lagi melibatkan suntingan palsu jelas menjejaskan reputasi.

“Boleh tak lain kali jangan libatkan saya dalam hal bodoh seperti itu? Saya malas buang masa fikir benda begini. Terang-terang itu bukan saya.

“Saya tidak akan buat perkara sedemikian. Dalam fikiran saya hanya kerja dan kumpul duit untuk masa depan.

“Sebelum ini orang bercakap belakang, saya tidak peduli. Tetapi kali ini saya terpaksa ambil tindakan sebab awak sudah melampaui batas. Insya-Allah saya akan cari dan saman,” tegasnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata menyokong tindakan diambil serta menggesa agar pelaku dikenakan hukuman setimpal.

“Ini memang melampau. Teknologi disalah guna sampai jatuhkan maruah orang.

“Harap tindakan undang-undang diambil supaya jadi pengajaran.

“Kesian artis kena hadap benda macam ini, harap pelaku segera ditangkap,” tulis beberapa pengguna media sosial.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak menganggap isu tersebut sebagai risiko dunia digital masa kini, namun majoriti tetap berpihak kepada Siti Khadijah.

Difahamkan, bukan hanya dirinya menjadi mangsa, malah beberapa selebriti lain seperti Mawar Rashid dan Amelia Henderson turut berdepan situasi sama apabila gambar disunting menggunakan teknologi AI untuk tujuan tidak bermoral.

Untuk rekod, individu dikenali sebagai Daddy Ash atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli merupakan pempengaruh media sosial sering mencetuskan kontroversi, termasuk pernah dikaitkan dengan kandungan tidak senonoh dan isu melibatkan mahkamah sebelum ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di