MUHAMAD Kamel (baju melayu hijau) wakil kepada lima NGO menyerahkan memorandum kepada wakil Yang di-Pertuan Besar, Pengelola Bijaha Difaja Istana Negeri Sembilan, Datuk Aziz Mohamad Ali. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

Rakyat boleh bersama selesaikan isu adat Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Rakyat boleh bersama dalam menyelesaikan krisis adat dan perlembagaan di Negeri Sembilan seperti mana lambang pada bendera Negeri Sembilan yang mempunyai tiga warna.

Presiden Pertubuhan Otai Reformasi Negeri Sembilan (Profans), Muhamad Kamel Yassin berkata, warna kuning merujuk kepada raja, warna merah rakyat manakala warna hitam adalah Undang.

“Kalau rakyat tidak bersama dalam menyelesaikan masalah ini, seolah-olah kita mengoyakkan bendera (Negeri Sembilan) dengan membuang warna merah. Ini menunjukkan kita sudah tidak satu hati.

“Gabungan ketiga-tiga elemen tersebut amat penting bagi memastikan kestabilan negeri terus terpelihara tanpa campur tangan pihak berkepentingan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tegas beliau, kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir adalah perkara utama dan tidak boleh dipertikaikan dalam apa jua keadaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di