![]() |
STARTRADER Menyempurnakan Naik Taraf Gelanggang Bola Keranjang yang Digunakan oleh 10,000 Belia Setiap Tahun
Gelanggang bola keranjang yang baharu dinaikkan taraf itu, kini digunakan secara aktif, menyediakan persekitaran sukan yang selamat dan berstruktur untuk pembelajaran dan pembangunan harian.
HO CHI MINH CITY, Vietnam, 30 April 2026 /PRNewswire/ — STARTRADER telah menyempurnakan transformasi gelanggang bola keranjang bersaiz 28×15m di Rumah Kanak-Kanak Daerah 10 (District 10 Children’s House) di Vietnam, dengan menaik taraf gelanggang tersebut menjadi ruang operasi yang berfungsi sepenuhnya dan pada masa ini digunakan oleh lebih 10,000 pelajar muda setiap tahun, selaras dengan visi Yayasan STAR, "Tempat BINTANG Hari Esok Bermula."
From baseline to breakthrough, the full transformation is captured in a STARTRADER video.
Diperkenalkan semasa majlis penyerahan pada 19 April, projek ini menggantikan ruang asas sebelum ini dengan gelanggang yang siap secara profesional, menampilkan permukaan berkualiti tinggi, tanda yang jelas dan susun atur yang lebih baik direka bentuk untuk kegunaan yang selamat dan konsisten.
Selain usaha naik taraf, STARTRADER, rakan kongsi rasmi NBA, memeriahkan suasana dengan mengedarkan bola keranjang, jersi dan peralatan sekolah semasa majlis tersebut. Permainan berpasukan, di samping ucapan daripada STARTRADER dan wakil sekolah, menandakan majlis penyerahan itu sebagai detik yang bertenaga dan didorong oleh komuniti yang menetapkan suasana untuk kegunaan berterusan.
Sejak siap dibina, gelanggang berkenaan telah menjadi bahagian aktif dalam kehidupan seharian di pusat tersebut, dengan pelajar terlibat secara lebih konsisten dalam permainan berkumpulan, sesi latihan dan aktiviti yang dianjurkan. Persekitaran baharu ini sudah mengukuhkan penyertaan dan mewujudkan ruang yang lebih menarik untuk pembangunan.
Rumah Kanak-kanak Daerah 10 (District 10 Children’s House) adalah hab yang meriah untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 15 tahun, menawarkan pelbagai kelas, kelab dan pertandingan yang memperkasa lebih 10,000 pelajar setiap tahun untuk membina kreativiti, disiplin dan kemahiran kehidupan sebenar.
"Kami amat menghargai komitmen STARTRADER dalam mewujudkan ruang untuk kanak-kanak benar-benar boleh berkembang. Lebih daripada sekadar gelanggang, kini tempat ini menjadi suatu kebanggaan dan dirasai dekat di hati oleh para pelajar kami. Sejak penyempurnaan naik taraf gelanggang itu, kami telah melihat pertumbuhan yang jelas dalam tenaga dan keterlibatan mereka. Impak yang ditunjukkan sudah dapat dilihat setiap hari." — Nguyễn Thị Ngếc Hiếu, Pengurus Besar, Rumah Kanak-Kanak Daerah 10 (District 10 Children’s House).
"Melihat ruang itu berfungsi dan menyaksikan betapa pantasnya ini menjadi sebahagian daripada rutin harian pelajar adalah perkara yang menjadikan projek ini penuh bermakna. Inilah jenis hasil yang mewajarkan usaha kami, mewujudkan tempat yang golongan muda berupaya berkembang, membina keyakinan dan merasai pengalaman kemajuan sebenar." — Peter Karsten, Ketua Pegawai Eksekutif, STARTRADER.
Dengan melabur dalam ruang kemudahan yang boleh diakses dan menyokong disiplin, serta pembangunan, STARTRADER terus meluaskan impak Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat, menterjemahkan konsistensi dan struktur ke dalam persekitaran dunia sebenar yang menyampaikan hasil yang boleh diukur.
Maklumat tentang STARTRADER
STARTRADER ialah broker global yang menyediakan peluang kepada pelanggan syarikat itu untuk berdagang instrumen kewangan secara dalam talian. STARTRADER memberikan perkhidmatan kepada Rakan Kongsi dan Pelanggan Runcit, yang boleh berdagang menggunakan Platform MetaTrader, STAR-APP dan STAR-COPY.
Sebagai broker global, STARTRADER memegang pendekatan mengutamakan pelanggan sebagai prinsip teras syarikat itu. Dikawal selia dalam 5 bidang kuasa (ASIC, FSA, FSC, FSCA dan CMA), STARTRADER mendukung tadbir urus yang kukuh dan pertumbuhan mampan. Pasukan STARTRADER terdiri daripada ahli profesional berdedikasi yang bekerjasama untuk menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada Rakan Kongsi dan Pelanggan syarikat itu.
Video: https://mma.prnasia.com/media2/2968740/STARTRADER_Basketball_Court.mp4
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/2968739/STARTRADER_Basketball_Court.jpg
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2862508/5944135/STARTRADER_Logo.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4946492_MS46492_6
















