Pasukan kecemasan bertindak balas susulan kejadian tembakan di sekolah Debsirin Nonthaburi, utara Bangkok hari ini. - AFP

4 maut, 15 cedera dalam tembakan sekolah di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, manakala 15 pelajar cedera dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah di utara ibu negara Thailand, Bangkok hari ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Polapee Suwunchwee. 

“Mangsa yang maut dalam insiden tembakan di sekolah menengah di wilayah Nonthaburi itu terdiri daripada dua pelajar dan dua guru. 

“Pelajar yang cedera bukan disebabkan oleh tembakan, sebaliknya berlaku ketika mereka cuba melarikan diri,” kata Suwunchwee kepada laman berita Thai PBS. 

Suspek dikenal pasti sebagai seorang pelajar sekolah berkenaan dan dia dilaporkan maut selepas serangan, lapor media tempatan memetik pihak berkuasa. 

Beberapa laporan menyatakan suspek sama ada ditembak mati oleh polis atau membunuh diri. 

Suwunchwee menambah, suspek melepaskan tembakan menggunakan pistol dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana dia memperoleh senjata tersebut. 

“Ia adalah insiden yang sangat ngeri. Ia sepatutnya tidak berlaku. Bagaimana perkara ini boleh berlaku di negara kita?” kata Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul kepada pemberita di Rumah Kerajaan Bangkok. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di