Thinaah bersama guru dan murid sekolah pada program itu di SK Convent 1 Klang. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

Thinaah fokus persiapan ke Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Beregu wanita nombor satu negara nekad melupakan kekecewaan pada Kejohanan Badminton Dunia dengan memfokuskan persiapan rapi menjelang Sukan Asia di Jepun, bulan depan.

M. Thinaah, 28, berkata, dia dan gandingannya, Pearly Tan kini giat menjalani latihan bagi menyertai kejohanan China Masters minggu depan.

Jelasnya, mereka yang juga beregu nombor lima dunia itu kemudian mempunyai masa selama dua minggu yang dianggap genting sebelum ke Sukan Asia.

“Ya, kejohanan itu (badminton dunia) telah berlalu dan kami kini fokus ke hadapan dengan mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Apa yang penting kini adalah memastikan kami bebas daripada kecederaan dan memenangi setiap perlawanan di Jepun nanti,” katanya ketika ditemui pada program Jelajah Ikon Sukan 2026 anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) di Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Klang 1 di sini, hari ini.

Minggu lalu, beregu itu gagal mengulangi kecemerlangan edisi tahun lalu apabila tersingkir seawal pusingan ketiga pada kejohanan dunia di New Delhi, India.

Pencapaian terbaik Pearly-Thinaah dalam kejohanan itu adalah memenangi pingat perak selepas mereka kecundang kepada jaguh nombor satu dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China di Paris, Perancis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN