Gambar yang dikongsikan di media sosial Johari ketika dikunjungi Komori dan delegasinya di Menara MITI, Kuala Lumpur

Daihatsu-Perodua, REE antara agenda kerjasama Malaysia-Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia dan Jepun terus memperkukuh hubungan ekonomi menerusi kerjasama dalam sektor strategik termasuk automotif, semikonduktor, tenaga dan teknologi baharu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata, perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan kerja Naib Menteri Parlimen Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, TYT Komori Takuo bersama delegasinya di ibu negara, semalam.

Menurut beliau, antara perkara yang dibincangkan termasuk kerjasama Daihatsu dan Perodua dalam pembangunan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

“Turut dibincangkan ialah peluang dalam rantaian nilai unsur nadir bumi (REE), serta minat Jepun untuk menyertai pembangunan ASEAN Power Grid,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan peluang pelaburan dalam ekosistem pusat data di Malaysia termasuk pembangunan infrastruktur, tenaga boleh baharu dan bakat berkemahiran tinggi.

“Malaysia melihat Jepun sebagai rakan strategik penting dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan, meningkatkan keupayaan teknologi dan menarik pelaburan berkualiti tinggi.

“Kita mahu hubungan ekonomi ini terus berkembang daripada sekadar perdagangan dan pelaburan kepada kerjasama industri yang membawa nilai tambah, pemindahan teknologi dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di