PETALING JAYA – Sambutan Bulan Kebangsaan dimanfaatkan Ouji sebagai platform untuk memperkukuh hubungan dengan pengguna menerusi pendekatan pemasaran berasaskan pengalaman.
Menerusi acara ‘Harumnya Merdeka Bersama-sama’ di pusat beli-belah 1 Utama dari 25 hingga 31 Ogos ini, pengguna berpeluang mengenali rangkaian produk syarikat dalam kategori keperluan rumah, penjagaan fabrik, penjagaan diri dan wangian.
Menerusi satu kenyataan, Ouji Malaysia berkata, pendekatan berkenaan membolehkan pihaknya mewujudkan ruang interaksi lebih dekat dengan pengguna menerusi aktiviti yang menggabungkan pengalaman, hiburan dan demonstrasi.
“Secara asasnya, Merdeka adalah apabila kita berkumpul dan meraikan detik-detik yang menyatukan kita.
“Melalui ‘Harumnya Merdeka Bersama-sama’, kami ingin mewujudkan ruang di mana keluarga dan rakan-rakan dapat mengeratkan hubungan, berseronok serta mengalami bagaimana rangkaian produk kami mampu meningkatkan lagi kehidupan harian,” kata kenyataan itu.
Menurutnya, acara berkenaan turut mengetengahkan beberapa jenama di bawah kumpulan itu, termasuk arFÜM, Dynamo, Fresh HY dan Fab.
Dalam perkembangan sama, Ouji turut bekerjasama dengan Samsung bagi menyediakan demonstrasi dan pameran interaktif yang menggabungkan teknologi serta penyelesaian untuk keperluan kehidupan harian.
Kolaborasi itu memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri penggunaan produk menerusi pendekatan yang lebih praktikal dan interaktif.
Selain aktiviti pengalaman, pengguna yang membeli produk terpilih sepanjang tempoh kempen turut berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai ganjaran ditawarkan.
Antara hadiah yang disediakan termasuk mesin basuh pengering Samsung Hygiene Steam, bekalan kapsul arFÜM selama setahun dan baucar diskaun.-KOSMO! ONLINE














