MOHAMED Khaled Nordin melawat Survival Village ATM sempena Karnival CIMIC Melaka 2026 di Dataran 1Malaysia, Klebang, hari ini. Foto oleh AMRAN ALI / KOSMO!

Melaka negeri pertama lantik anggota tentera Ahli Majlis PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Melaka menjadi satu-satunya negeri di negara ini yang melantik wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini seramai empat anggota tentera telah dilantik sebagai Ahli Majlis PBT di negeri berkenaan.

Menurutnya, inisiatif itu belum dilaksanakan di negeri-negeri lain dan membuktikan pengiktirafan Kerajaan Negeri Melaka terhadap peranan serta sumbangan ATM.

“Bagi Negeri Melaka, pihak kerajaan negeri melantik wakil daripada ATM untuk menjadi Ahli Majlis dalam PBT.

“Hari ini terdapat empat anggota tentera yang menjadi Ahli Majlis di majlis-majlis perbandaran dan perkara ini masih belum terdapat di negeri-negeri lain,” katanya berucap pada Majlis Peluncuran Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Melaka 2026 di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini, hari ini. Majlis berkenaan disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan turut dihadiri kepimpinan tertinggi ATM serta kerajaan negeri.

Mohamed Khaled turut menyarankan kerajaan negeri lain supaya mencontohi langkah Melaka dengan memberi ruang kepada wakil ATM menganggotai PBT.

Katanya, pelantikan anggota tentera sebagai Ahli Majlis mampu memperkukuh hubungan antara ATM, kerajaan tempatan dan masyarakat, selain membantu menangani pelbagai isu di peringkat setempat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di