KONSEP 'racecation' yang diketengahkan berjaya menarik peserta dari lebih 45 buah negara. - VE PICTURE

Melaka terus jadi tarikan pelancongan sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Festival Sukan Antarabangsa Melaka yang berlangsung kelmarin terus mendapat sambutan hangat apabila berjaya menarik 1,500 peserta dari lebih 45 buah negara.

Penganjuran sukan lasak melibatkan triatlon, duatlon dan akuatlon itu sudah memasuki edisi kelapan selain turut menarik hampir 3,000 pengunjung secara keseluruhan.

Apa yang menarik, festival itu menggunakan konsep ‘racecation’, iaitu gabungan antara pengalaman bertanding dan percutian bersama keluarga.

Pengarah perlumbaan, Andy Foo berkata, pihak penganjur mahu setiap peserta merasai pengalaman unik yang membuatkan mereka mahu kembali ke Melaka.

“Kami mahu mereka datang kerana perlumbaan, tetapi kembali kerana Melaka. Perlumbaan mungkin tamat dalam beberapa jam, tetapi pengalaman mereka di sini berterusan sepanjang hujung minggu.

“Mereka boleh menikmati pelbagai makanan, meneroka lokasi bersejarah serta meluangkan masa bersama keluarga. Itulah pengalaman ‘racecation’ yang kami mahu wujudkan,” katanya.

Dalam saingan utama triatlon jarak Olimpik, Juffrin Ranis muncul peserta lelaki terpantas selepas menamatkan disiplin renang sejauh 1.5 kilometer (km), kayuhan (40km) dan larian (10km) dalam tempoh 2 jam 34 minit 02 saat (s).

Sementara itu, Belen Olcina Sempere dari Sepanyol pula menggungguli kategori wanita selepas menamatkan saingan dengan catatan masa 3’00:43s.

Dalam perkembangan sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Shadan Othman menyifatkan penganjuran festival sukan itu memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan negeri tersebut.

“Pelancongan sukan mewujudkan kesan limpahan ekonomi kerana atlet bukan sahaja datang untuk bertanding, malah mereka akan menginap di hotel, menikmati hidangan di restoran serta berkunjung ke lokasi menarik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di