Syatilla dicop sombong oleh sebilangan peminat hanya kerana jarang melemparkan senyuman.

‘Muka nampak keras sampai ramai ingat saya sombong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dicop sombong gara-gara wajah kelihatan masam dan jarang melemparkan senyuman, pelakon Syatilla Melvin mengakui ekspresi wajahnya sering mengundang salah faham dalam kalangan orang ramai.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, bagaimanapun tidak mengambil hati dengan tanggapan tersebut, malah mengakui sendiri memiliki raut wajah agak ‘keras’ sehingga mudah disalah tafsir sebagai seorang tidak mesra.

“Aku nampak komen tadi, katanya terjumpa saya di Queensbay tetapi muka masam dan monyok.

“Sebenarnya aku memang ada masalah dengan muka aku. Muka nampak keras, sampai orang fikir aku sombong dan rasa macam nak ‘mintak kaki’.

“Lain kali kalian tegur sahaja aku. Aku okey, jangan risau. Entahlah,” katanya dalam Threads.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, malah ada antara mereka tampil berkongsi pengalaman sendiri ketika terserempak dengan pelakon berkenaan.

“Weh, betul. Muka Tilla memang nampak macam kita berhutang dengan dia tapi sekali tegur, terus dia layan macam kita kawan sekolah dia. Padahal tak pernah kenal pun.

“Dulu zaman Tilla belum buat siaran langsung, memang nampak sombong betul mukanya. Jawab soalan wartawan pun macam saya pula cuba mengurat suaminya. Terasa sakitnya di sini,” antara komen netizen.

Namun, terdapat juga netizen mempertahankan Syatilla dengan menyifatkan raut wajah seseorang tidak seharusnya dijadikan ukuran terhadap keperibadian mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di