Mat Rodzi menunjukkan pas sempadan miliknya yang dipenuhi dengan cop kerana kerap masuk ke Sungai Golok, Thailand. – Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI

Penduduk lali letupan bom, tetap ke Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Segelintir rakyat Malaysia yang kerap berulang-alik ke Selatan Thailand terutamanya di Sungai Golok untuk urusan perniagaan atau bertemu ahli keluarga tidak berasa bimbang dengan situasi letupan bom yang melanda wilayah tersebut pada 22 Ogos lalu.

Mat Rodzi Zakaria, 61, berkata, kejadian letupan bom sudah menjadi kebiasaan di wilayah tersebut dan menjangkakan pergolakan tersebut tidak akan berlaku lama apabila akan pulih dalam masa terdekat.

Katanya, walaupun mengetahui berlaku letupan bom atau serangan pengganas di Sungai Golok, dia tetap masuk ke negara jiran kelmarin kerana mempu­nyai urusan perniagaan dan keluarga yang patut diselesaikan.

“Salah seorang anak saya menetap di Sungai Golok dan semua urusan banyak dilakukan di sana.

“Selain itu, saya juga ada membeli barangan untuk berniaga secara kecil-kecilan di kawasan tersebut. Memang saya kerap masuk ke sana tidak kira ada pergolakan atau tidak,” katanya ketika ditemui semalam.

Mat Rodzi memberitahu, dia dan isteri akan masuk lagi ke Sungai Golok hari ini kerana ada urusan yang belum selesai selain membeli barang keperluan.

Katanya, dia akan berada di sana pada waktu siang kerana risiko untuk berdepan letupan bom sangat kurang kerana kejadian tersebut kebiasaannya berlaku pada waktu malam.

“Saya berpesan kepada keluarga untuk mengelak daripada berada di kawasan hiburan dan tempat karaoke. Jika ke kawasan pasar di Sungai Golok, tidak apa. Apabila masuk ke sana, saya akan tinggal di rumah anak dan tidak akan keluar pada waktu malam,” katanya.

Seorang tukang urut, Salleh Tahir, 63, berkata, dia juga tidak takut masuk ke Sungai Golok walaupun berlaku letupan bom pada malam Sabtu lalu.

Katanya, dia dan isteri akan pulang ke Yala, Thailand setiap bulan dengan menaiki teksi dan sentiasa berhati-hati kerana bimbang kejadian tidak diingini.

“Walaupun kejadian letupan bom kerap berlaku sejak ke­belakangan ini, saya tetap akan pulang untuk bertemu anak, menantu dan cucu.

“Ketika berada di kampung, saya elak keluar pada waktu malam. Kami sekeluarga akan berada di dalam rumah sebelum pukul 11 malam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di