ANTARA barang tiruan yang dirampas di sebuah pusat beli-belah di Singapura baru-baru ini. - Pasukan Polis Singapura

Barang tiruan bernilai lebih RM500,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Polis Singapura merampas lebih 900 barangan yang melanggar hak cipta cap dagangan termasuk beg dan jam tangan mewah, yang dianggarkan bernilai lebih S$180,000 (RM574,269) dalam satu serbuan di sebuah pusat beli-belah, lapor laman berita VNExpress. 

Dua wanita yang masing-masing berusia 39 dan 54 tahun turut ditahan kerana didakwa terlibat dalam penjualan barang tiruan. 

Operasi tersebut dijalankan di dua premis perniagaan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Scotts baru-baru ini. 

Barangan yang dirampas merangkumi pakaian mewah, kasut serta aksesori, demikian menurut polis. 

“Individu yang menjual barangan cap dagangan palsu oleh dikenakan denda sebanyak S$100,000 (RM319,118), penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali,” kata polis, sambil menambah bahawa siasatan masih dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN