KUALA LUMPUR – Pengurus SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin mahu pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli agar mengubah sedikit gaya tunggangannya supaya lebih tenang dan mampu konsisten bersaing dalam kelompok hadapan.
Zulfahmi berkata, perkara paling penting ketika ini adalah memastikan Hakim Danish mampu mengurus jangkaan terhadap dirinya ketika melalui fasa sebagai pelumba baharu (rookie) dalam saingan berprestij itu.
“Justeru, apa yang paling penting ketika ini adalah mengurus jangkaan terhadap dirinya sepanjang melalui fasa sebagai pelumba baharu. Penanda aras ketika ini sangat tinggi apabila Brian Uriarte kerap menaiki podium dalam hampir setiap perlumbaan,” katanya.
Zulfahmi berharap Hakim Danish dapat melakukan sedikit perubahan terhadap gaya tunggangannya supaya lebih tenang dan konsisten ketika bersaing dalam kelompok hadapan.
“Saya berharap Hakim Danish dapat mengubah sedikit gaya tunggangannya supaya lebih tenang dan mampu konsisten bersaing dalam kelompok hadapan, sekali gus bersedia sepenuhnya menjelang Grand Prix (GP) Malaysia nanti,” katanya.
GP Malaysia dijadual berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), yang menjadi pentas penting buat pelumba negara beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Hakim Danish kini berada di tangga ketujuh keseluruhan selepas mengumpul 101 mata daripada 15 pusingan yang berlangsung setakat ini.
Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI itu menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 pada Grand Prix (GP) Austria, minggu lalu, sekali gus mencatatkan penamat ketiga berturut-turut dalam kelompok 15 terbaik.














