WIRTZ terus gagal memainkan peranan yang diharapkan biarpun memasuki musim kedua di Anfield. - AFP

EPL: Liverpool perlu lepaskan Wirtz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Bekas pemain Liverpool, Didi Hamann percaya The Reds wajar mengambil keputusan untuk berpisah dengan Florian Wirtz selepas bergelut sejak berhijrah dengan nilai £116 juta (RM635 juta) tahun lalu.

Pemain antarabangsa Jerman itu telah diberi peluang sepanjang musim lepas, tetapi prestasinya semakin menjadi perhatian apabila persembahannya musim ini bersama skuad kendalian Andoni Iraola itu turut dikritik hebat.

Justeru, Hamann menjangkakan masa depan pemain berusia 23 tahun itu bersama Liverpool mungkin tidak panjang.

“Secara jujur, pemain yang paling saya minat sebelum ini adalah Wirtz. Namun, peminat mula tidak sabar dan faham apa yang berlaku antara Liverpool dan Wirtz kelihatan seperti satu salah faham besar (keduanya tidak serasi).

“Menarik untuk melihat bagaimana dia beraksi kerana jika keadaan terus begini di Liverpool, pasti pengurusan mahu mencari alternatif lain.

“Ketika ini kita dapat lihat Wirtz menjadi pemain yang dibeli dengan harga tinggi, tetapi bermain dengan teruk musim lalu dan sekali lagi memulakan musim ini dengan buruk.

“Apabila anda dibeli dengan harga sebegitu, sudah tentu mereka mahu anda menjadi pemain yang membuat perbezaan di jentera serangan dan dia gagal berbuat demikian,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN