ISAK meledak gol tunggal perlawanan ketika Liverpool mencatat kemenangan ke atas Bournemouth kelmarin. - AFP

EPL: Iraola mahu Isak beri lebih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Liverpool, Andoni Iraola belum berpuas hati dengan prestasi penyerang utamanya, Alexander Isak yang berjaya muncul wira dengan meledak gol tunggal ketika menewaskan Bournemouth 1-0 di Stadium Vitality, kelmarin.

Iraola merasakan bintang dari Sweden itu sebenarnya mampu tampil lebih baik termasuk menyempurnakan beberapa peluang terbaik yang berjaya dihasilkan sepanjang perlawanan.

“Dia memanfaatkan peluang itu dan sebenarnya, itu adalah tugas yang harus dilakukan oleh penyerang. Dalam beberapa situasi, dia tidak mampu melakukan penyudah dengan lebih bagus dan gagal mengawal bola dengan baik.

“Dia perlu membantu pasukan berada lebih dekat dengan kotak penalti lawan. Jika ia dapat dilakukan, dia pasti akan menerima ganjaran dan itulah tahap yang sepatutnya kami pamerkan,” katanya.

Berbanding rekod terdahulu, ini adalah jumlah jaringan terbanyak yang pernah dijaringkan oleh Isak dalam lima perlawanan awal Liga Perdana Inggeris apabila berada di tangga kedua senarai penjaring terbanyak dengan mengumpul empat gol.

Ia juga memberikan cerita penuh bermakna buat Iraola yang kembali ke venue berkenaan buat kali pertama sejak menyertai Liverpool, musim ini.

Walaupun hadir sebagai pengurus pasukan lawan, Iraola menerima sambutan mesra daripada peminat Bournemouth yang cukup menghargai sumbangannya sepanjang berkhidmat di Stadium Vitality.

“Kami kecewa sepanjang 20 ke 25 minit awal dan saya fikir kami tidak mampu memulakan perlawanan dengan baik. Saya tahu agak sukar untuk memenangi perlawanan di venue ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN