KROUPI JUNIOR dilapor menjadi buruan Arsenal pada jendela perpindahan Januari nanti selepas pemain itu pulih daripada kecederaan. - AFP

EPL: Arsenal mahu perkuat serangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal mula menyusun perancangan untuk memperkuatkan jentera serangan pada jendela perpindahan Januari depan apabila memburu penyerang Bournemouth, Eli Junior Kroupi.

Menurut laporan tempatan, Arsenal melihat posisi penyerang sebagai antara keutamaan untuk diperkuatkan, namun Kroupi bukan satu-satunya calon yang sedang dipertimbangkan The Gunners.

Sebelum ini, Kroupi turut berada dalam senarai pantauan Barcelona, Manchester City dan Paris Saint-Germain (PSG), sekali gus menjadikan persaingan mendapatkan penyerang berusia 20 tahun itu cukup sengit.

Kroupi mencuri perhatian pada musim pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila meledak 13 gol tetapi hasrat untuk berhijrah pada jendela perpindahan lepas tidak kesampaian selepas mengalami kecederaan serius.

Pemain kelahiran Perancis itu terpaksa menjalani pembedahan dan dijangka terlepas aksi sehingga November depan.

Selain Kroupi, Arsenal turut dilaporkan memantau pemain sayap Brentford, Kevin Schade selepas menunjukkan minat terhadap pemain Jerman itu pada penghujung jendela perpindahan musim panas.

Situasi ini kerana kerana masa depan Viktor Gyokeres mula menimbulkan persoalan selepas hanya membuat dua penampilan sebagai kesebelasan utama dan dua aksi sebagai pemain gantian musim ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN