MOHD KHALID (tengah) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perlis di IPK Perlis, Kangar hari ini.

PDRM rakam takziah pemergian Tun Siti Hasmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga atas pemergian isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, seluruh warga PDRM turut bersedih dengan pemergian tokoh wanita negara itu.

“Saya dimaklumkan bahawa Tun Dr. Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah pergi meninggalkan kita semua.

“Polis Diraja Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah. Semoga Tun Dr. Siti Hasmah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan bertakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di sini hari ini.

Tun Dr. Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada pukul 9.20 pagi ini pada usia 100 tahun. Pemergian Allahyarhamah disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di