Keadaan basikal yang dirempuh lori dalam nahas meragut nyawa Abdus di Jalan Kuala Berang berhampiran Binjai Rendah, Marang hari ini.

Buruh binaan maut tercampak, basikal dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas basikal yang ditunggang dirempuh sebuah lori ketika melintas Jalan Kuala Berang berhampiran Binjai Rendah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Abdus Salam, 51, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Saari Mohamed berkata, ketika kejadian, si mati dipercayai cuba melintas sebelum dirempuh sebuah lori dipandu lelaki berusia 42 tahun dari arah Kuala Berang, Hulu Terengganu yang gagal mengelak mangsa.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan. Mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN