SEORANG tahanan kes kecurian melangsungkan akad nikah dengan kekasihnya NA, di Dewan Mapolsek Cinere, Kota Depok. - Dok. Istimewa

Curi wang untuk kahwin, pemuzik jalanan nikah kekasih di balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA –  Seorang pemuzik jalanan yang juga tahanan kes curi selamat melangsungkan akad nikah dengan kekasihnya di sebuah balai polis di Kota Depok, wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Kumparan.

Majlis perkahwinan mereka  diatur pihak polis atas dasar kemanusiaan di Balai Polis Cinere, Sabtu lalu.

Lelaki  dikenali sebagai Y itu merupakan suspek kes curi di sebuah rumah kedai yang menyebabkan mangsa rugi sekitar  5 juta rupiah(RM1,100).

Ketua Polis Sektor Cinere, Komisioner Polis Chairul Saleh berkata, Y  menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada pegawai penyiasat, minggu lepas.

“Y merupakan  suspek kes kecurian di sebuah rumah kedai.

“Kita menahannya dan mengikut  proses undang-undang yang berkuat kuasa,” ujar Chairul.

Kemudian, pihak keluarga pula datang mengemukakan permohonan nikah suspek.

Hasil soal siasat polis mendedahkan motif Y mencuri adalah demi mencari wang untuk berkahwin.

“Dia mencuri adalah untuk persiapan pernikahanya,” kata Chairul.

Setelah berkomunikasi  dengan Polis Daerah Metro Depok, Polis Cinere akhirnya mengambil inisiatif mempermudahkan pernikahan tersebut.

Kedua-dua belah pihak keluarga bersetuju agar majlis akad nikah diadakan di balai polis.

“Kedua-dua belah pihak bersetuju pernikahan di balai polis. 

“Kita sediakan kemudahan dewan di balai atas dasar kemanusiaan ,” jelanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di